Tuesday 6 May 2014

BELAJAR MEMBACA


BELAJAR MEMBACA
  • Apa bezanya antara membaca dengan menonton? Apa yang berlaku ketika seseorang membaca?


PROSES MEMBACA
  • Proses membaca sangat berkait dengan proses penglihatan
  • Kajian dalam bacaan cuba untuk mencari jawapan bagaimanakah simbol di permukaan bertulis bertukar menjadi persembahan minda yang bermakna
  • Membaca melibatkan penglihatan minda, tetapi isu penglihatan mata juga merupakan satu isu yang amat banyak dibincangkan bagi memahami proses membaca ini.
  • Contohnya, pusat tumpuan mata ketika membaca, kelebaran jangka masa penglihatan, dan mendekod perkataan.


Fungsi mata
  • Kita dapat melihat kerana adanya cahaya sesuatu objek yang dapat dicerap oleh mata
  •  Apabila cahaya dikesan, isyarat akan dihantar ke otak dan otak akan memproses maklumat untuk difahami
  • Otak akan memberikan kefahaman tentang bentuk, jarak, dan pergerakan yang kita lihat menerusi lensa mata.

Pusat tumpuan mata ketika membaca
  • Ketika membaca mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis.
  • Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca.
  • Tujuan menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah untuk memancarkan bahan tersebut pada retina (disebut fovea), ketajaman terhadap tumpuan akan berkurangan berdasarkan jarak antara mata dan teks.

Kajian tumpuan mata ketika membaca
  • Kajian lebih berminat terhadap apa yang berlaku pada masa tumpuan daripada pergerakan antara tumpuan (saccades).
  • Kajian begini berguna bagi memastikan tahap kesukaran dalam bahagian teks yang berbeza.
  • Masa tumpuan yang digunakan pembaca juga memberikan penjelasan terhadap bentuk pemprosesan penglihatan dan konsep sesuatu teks.


Dapatan kajian
  • Pembaca akan memusatkan 80% tumpuan terhadap jenis perkataan kandungan seperti kata nama, kata kerja adjektif, dan 20% lagi pada perkataan fungsian.
  • Masa yang digunakan oleh pembaca bagi membuat tumpuan adalah berbeza dan bersistematik
  • Pembaca yang lemah membuat tumpuan yang lebih lama
  • Teks yang sukar memerlukan tumpuan yang lebih lama
  • Pembaca yang baru memerlukan tumpuan yang lebih lama
  • Perkataan yang kurang biasa memerlukan tumpuan mata yang lebih lama
  • Perkataan diinterpretasi ketika tumpuan dilakukan, bukan menunggu sehingga perkataan yang seterusnya, kecuali dalam keadaan yang tertentu. Jika berlaku kesilapan dalam interpretasi, maka prosedur kecekapan pemulihan akan berlaku bagi mengenalpasti kesilapan.
  • Pembaca akan melihat kembali pada perkataan yang bermasalah dan membuat interpretasi alternatif.

Kajian tentang tumpuan mata
  • Tumpuan mata bukan punca pembaca cekap atau lemah, sebaliknya ia merupakan tanda bagi proses penglihatan dan pemahaman.
  • Memahami proses ini akan membantu kita memahami apa yang dilakukan pembaca ketika membaca dengan itu dapat dijadikan panduan bagi merangka program membaca dan pemilihan bahan bacaan serta merancang program pemulihan dengan lebih baik.

Kelebaran jangka masa tumpuan
  •  Pembaca yang normal akan menumpukan pemerhatian terhadap perkataan yang penting.

                        The two faction were at a standstill
                        The rebels guarded the pyctce with their gun
  • Menggunakan kawalan skrin komputer pembaca menumpukan perhatian pada bukan perkataan “pyctce” ,tetapi pada perkataan sebelum dan selepasnya bagi mencari kiu untuk memahami perkataan “pyctce”

-          Kajian tentang kelebaran jangka masa tumpuan dilakukan bagi mengenal pasti :
                     i.            Di mana jangka masa tumpuan tersebut berlaku?
                   ii.             Bagaimana maklumat diintegrasikan di antara jangka masa tumpuan?
                  iii.            Bagaimana dan di mana tempat yang sesuai untuk mengubah jangka masa tumpuan?

Mengekod
  • Langkah pertama untuk membaca ialah untuk mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca.

Kiu bunyi
  • Persoalan yang sering dikemukakan ialah, adakah bunyi bagi perkataan boleh membantu untuk memperoleh makna?
  • Ada pembaca yang mengatakan bahawa mereka mendengar bunyi bagi perkataan yang dibaca, dan ini mencadangkan bahawa terdapatnya komponen fonologi dalam membaca. 
            Hubungan mata dengan pendengar
  • Membaca dan mendengar ada kaitan yang rapat
  • Hal yang demikian ini bermaksud ketika membaca seseorang seolah-olah       mendengar penulis teks bercakap dengannya
  • Pembaca yang baik ialah seorang pendengar yang baik juga
            Kod fonologi
  • Isu pertama ialah penggunaan kod fonologi dalam ingatan jangka pendek
  • Namun kebanyakan kajian yang dilakukan mendapati bahawa pembaca yang berkemahiran tidak menggunakan kod fonologi bagi memperoleh makna.
Kiu dari kod fonologi
  • Walau bagaimanapun, pembaca yang agak lemah akan cuba menggunakan kod fonologi untuk meneka makna perkataan , sekurang-kurangnya mereka menggerakkan bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca.
  • Bagi pembaca yang mahir mereka akan hanya menggunakan kod fonologi bagi memperoleh makna perkataan yang agak sukar dan membantu mereka dalam ingatan jangka pendek.
Unit perkataan
  • Isu kedua ialah unit perkataan yang ingin didekodkan, sama ada abjad atau gabungan abjad, sukukata, atau seluruh perkataan.



No comments: