Thursday 8 May 2014



PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA


1. Pendekatan Holistik
  • Tujuan pendekatan ini adalah untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). 
  • Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula diperingkat awal membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru,ibu bapa dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya. 
  • Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan menghadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam buku teks tersebut. 
Jadi, guru haruslah menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.

2. Pendekatan Whole Languange
  • Pandangan tentang belajar dan cara mendorong proses tersebut agar pelajar dapat membaca secara efektif dan efisien sehingga mencapai hasil optimal (Weaver, 1990). 
  • Satu pendekatan dalam pengajaran bahasa dikembangkan berdasarkan pelbagai wawasan dan hasil penelitian dari pelbagai bidang ilmu antara lain pemerolehan bahasa dan pengembangan membaca dan menulis dan lain lagi.(Goodman,1986). 
  • Guru melaksanakan kurikulum yang sudah dirancang dan disiapkan secara terperinci. Murid akan memahami informasi yang disampaikan oleh guru secara langsung. Murid secara aktif dapat memahami dan menghayati pemahaman dan penghayatan prose pembacaan. 
  • Antara kaedah mengajar membaca adalah seperti membaca bebas, membaca secara berkoperatif, membaca dengan panduan guru, berkongsi membaca, dan membaca lantang. 
  • Ketika membaca bebas merupakan keadaan di mana pelajar terlebih dahulu membaca keseluruhan bahan bacaan yang mereka pilih. Pelajar berpeluang membaca bahan yang dipilih daripada sekumpulan bahan yang disediakan oleh guru manakala aktiviti bacaan yang dijalankan dalam bilik darjah dikawal oleh guru seberapa minimum. 
Perkara yang perlu ditegaskan dalam kaedah ini adalah arahan awal supaya pelajar membuat persediaan awal sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca sendiri.

3. Pendekatan dalam Mengajar Membaca Secara Berpusatkan Pelajar
  • Merupakan kaedah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aspek membaca dan menggalakkan pelajar menjadi aktif dan tidak pasif. 
  • Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu para pelajar menjalankan pendekatan dalam membaca sama ada secara berkumpulan atau individu. 
Pendekatan ini tidak bermakna pelajar akan menentukan apa yang ingin dipelajari atau lakukan tetapi, pendekatan ini boleh diinterpritasikan dengan pelajar memilih tajuk bacaan, kaedah membaca yang mereka ingin gunakan serta aktiviti yang mereka ingin lakukan.

4. Prinsip Mengajar Membaca Berpusatkan Pelajar
  • Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses mengajar membaca. 
  • Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator. 
  • Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri. 

5. Penampilan Literasi dan Penguasaan Bahasa
  • Konsep penampilan literasi telah dicetuskan daripada pelbagai kajian yang dijalankan oleh M.M.Clay (1967), iaitu seorang tokoh dari New Zealand. 
  • Beliau menjalankan kajian yang menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal kanak-kanak hinggalah awal remaja. 
  • Kanak-kanak membina kemahiran membaca dan menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran. Kedua-dua kemahiran ini terbina secara serentak dan saling bergantung antara satu sama lain tanpa urutan yang tertentu. 
  • Proses bermula sebelum memasuki alam persekolahan, diperoleh melalui pengalaman dan aktiviti di sekeliling. Pembelajaran ini melibatkan proses komunikasi seperi membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir. 
  • Kanak-kanak akan menguasai tatabahasa asas bahasa ibundanya sebelum mencapai usia tiga tahun. Wujud perbezaan berbahasa antara kanak-kanak. 
  • Secara semulajadinya manusia mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat dalam tubuh iaitu alat untuk menguasai bahasa Language Acquisition Device (LAD). 
  • Dari sudut kognitif, kanak-kanak menguasai bahasa secara berperingkat. Halliday (1975) pula berpendapat, penguasaan bahasa merupakan satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa yang betul menerusi kemampuannya membuat penelahan. 

6. Pendekatan Kesediaan Membaca
  • Kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan perlu memiliki kesediaan untuk membaca dan belajar. 
  • Hal ini demikian kerana ramai kanak-kanak yang apabila memasuki tahun satu sudah mengenal huruf dan tahu membaca, namun sesetengah daripada mereka telah sampai tahun masih tidak dapat membaca dan menulis dengan baik. 
  • Maka, akan timbul persoalan apakah kanak-kanak ini tidak mempunyai kemampuan untuk belajar membaca ataupun memerlukan masa lagi untuk belajar membaca. 

No comments: