Thursday 8 May 2014

PENTAKSIRAN MEMBACA

Pendahuluan
  • Pentaksiran membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. 
  • Pentaksiran kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Pentaksiran ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. 
  • Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. 

Ciri-ciri Pentaksiran Membaca

Terdapat beberapa ciri-ciri pentaksiran. Antaranya ialah:
  • Pentaksiran merupakan satu proses yang berterusan. Pentaksiran tiada masa untuk dihentikan kerana guru-guru harus selalu pantau anak-anak muridnya dan membaca. 
  • Pentaksiran juga menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang. Dengan pentaksiran, kita boleh mengetahui tahap kemajuan seseorang pelajar dengan melihat tahap pembacaannya. Tambahan pula, pentaksiran menghendaki sampel kerja dan murid yang mencukupi. 
  • Seterusnya, pentaksiran boleh dilakukan secara penilaian sendiri. Murid-murid juga boleh menaksir penilaian pembacaan mereka sendiri dengan melihat kemampuannya membaca sesuatu. Pentaksiran juga terbuka dan tidak mempunyai batasan. Akhir sekali, teknik penilaian seharusnya memberi peluang kepada murid dengan merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka. 


Matlamat Dalam Pentaksiran Membaca


Matlamat dalam pentaksiran kemahiran membaca terbahagi kepada tiga bahagian iaitu matlamat persepsi, matlamat kognitif, dan matlamat afektif.
  • Matlamat persepsi ialah matlamat yang ada dalam penilaian. Murid-murid harus prihatin terhadap kebolehan. Mereka bolah menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan. 
  • Matlamat kognitif ialah untuk mencapai matlamat ini dalam pentaksiran, keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemikiran yang digunakan semasa membaca. 
  • Matlamat afektif pula harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks. 

Proses Pentaksiran Membaca

Proses pentaksiran membaca terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian mengenal pasti idea keseluruhan, mengenal idea utama dan sokongan, dan membuat ramalan dan kesimpulan.
  • Mengenal pasti idea keseluruhan ialah mesej utama yang disampaikan oleh penulis. Murid-murid boleh mendapat idea daripada penulis. Selain itu, mengesan pandangan, pendapat, dan emosi penulis. Seterusnya mengenal pasti prinsip penulisan. Sebagai contohnya, mengelaskan mengikut kronologi, pengelasan mengikut hierarki dan pengelasan mengikut ciri-ciri. 
  • Mengenal idea utama dan keterangan pula ialah dengan mengetahui idea utama. Idea utama selalunya mempunyai satu atau lebih idea utamanya. Selalunya idea utama hadir selepas penanda wacana. Jadi murid-murid boleh mengambil ayat selepas penanda wacana itu sebagai idea utama. Satu idea utama akan berada dalam setiap perenggan. 
  • Seterusnya, untuk mencari idea dan keterangan perlu ada sokongan. Apabila kita membaca sesuatu ayat selepas idea yang kita ambil, mungkin itu ialah sokongan untuk idea yang kita peroleh tadi. Sokongan itu ialah huraian atau keterangan yang menyokong idea utama. Sokongan ini juga perlu disertai dengan contoh-contoh. 
  • Membuat ramalan dan kesimpulan boleh dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat. Isi –isi ini amat penting untuk membuat kesimpulan dan ramalan. Kita harus membaca dan teliti seluruh teks supaya dapat mengesan isi penting di dalam sesuatu karangan untuk membuat kesimpulan. Tetapi, tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan. Ramalan dan keterangan ini lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca. 


Ringkasnya, pentaksiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.

No comments: